Friday 12 August 2011

Bab 15 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar


 

Langkah-langkah ialah :


 

1. Penghutan semula

- usaha untuk menggantikan semula hutan yang telah diterbang melalui penanaman pokok-pokok baru secara terancang dan terkawal

- program penghutanan semula ialah :

i) Ladang hutan : dilakukan secara komersial, tanam pokok akasia magnium, batai dan yamena

ii) penghutanan semula kawasan hutan yang telah diterbang

    - Majlis Perhutanan Kebangsaan (MPK)

- agensi kerajaan yg membuat dasar mengenai penghutanan semula ( menggariskan strategi tentang pembangunan lading hutan)

    - Jabatan Hutan : melaksanakan dan menyelia program penghutanan semula

    - Kebaikan penhutanan semula:

- keseimbangan ekosistem

- memelihara flora dan fauna

- menjamin bekalan kayu berterusan

- wujud peluang pekerjaan kpd penduduk kawasan pedalaman


 

2. Kitar semula

    - memproses barang yang telah digunakan menjadi barang baru

- konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) telah dipergunakan untuk mengendalikan barang yg boleh dikitar semuala.


 

Jenis barang 

Diguna semula 

Kertas 

  • Buku dan majalah lama diderma kpd pihak tertentu
  • Beg kertas drp pusat membeli belah boleh diguna semula

Botol kaca 

  • Botol terpakai seperti makanan dibersih dan digunakan semula untuk menyimpan barang

Plastik 

  • Semua beg plastik boleh diguna semula
  • Botol plastic minuman dan makanan boleh dibersih dan boleh digunakan semula

Pakaian 

  • Boleh diderma kpd orang lain

Aluminium 

  • Dibersih dan diguna semula


 

Jenis Barang 

Diproses semula menjadi barang baru

Kertas 

  • Surat khabar, majalah lama, kertas terpakai, kotak kertas boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru

Kaca 

  • Diproses menjadi barangan kaca yang baru

Aluminium 

  • Bekas aluminium diproses menjadi barang baru


 

- Tujuan :

    a. jumlah sampah yang dibuang setiap hari dapat dikurangkan

    b. mengurangkan kepupusan kepupusan bahan-bahan mentah

    c. mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar ( kurang membakar sampah)

d. kos program kitar semula lebih rendah banding dengan kos memelihara alam sekitar.

e. memperbaiki tahap kebersihan dan kualiti hidup kita

Agensi yang terlibat dengan program kitar semula

PROGRAM 

AGENSI-AGENSI 

1. Memproses barangan buangan 

  • Alam Flora Sdn. Bhd.
  • Southern Waste Management Sdn. Bhd.

2. Memproses kertas 

  • Malaysia Newsprint Industry Sdn.Bhd
  • Genting Sanyen Industry Paper Sdn. Bhd
  • Persatuan Pekilang Pulpa dan Kertas Malaysia

3. Merancang dan melaksana program kitar semula 

  • SDemua Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh negara


 

3. Pendidikan Alam Sekitar

    - diajar melalui mata pelajaran Geografi, kajian tempatan dan sains

    - di IPT ada kursus alam sekitar (Pelajaran Alam Sekitar)

- tujuan :

- menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar

- masyarakat peka tehadap isu-isu alam sekitar


 

4. Kempen

    - Tujuan : mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar

    - cara-cara menjalankan kempen :

        - TV, surat khabar

        - ceramah, pameran, kem kesedaran alam, bengkel alam sekitar dsb

    - agensi kerajaan mengadakan kempen alam sekitar ialah

- JAS (Jabatan Alam Sekitar), PERHILITAN, Majlis Perbandaran, Dewan Bandar Raya

- agensi sukarela

        - Sahabat Alam Malaysia (SAM)

        - Malaysian Nature Society (MNS)

        - Persatuan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysian (ENSEARCH)

        - Persatuan Perlindungan Alam Sekitar (ESPM)

        - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

        - Persatuan Pengguna Malaysian (FOMCA)


 

5. Penguatkuasaan Undang-undang

    - Pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar iaitu

     a. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

b. Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) ---- semua projek yg berkemungkinan menjejaskan alam sekitar perlu menjalankan proses penilaian ini.

c. JAS ditugaskan untuk menguatkuasakan akta-akta berkaitan dengan kuali udara, air, sisa industri, aras kebisingan dan penilaian alam sekitar.


 

Akta-akta yang digubal untuk menjaga alam sekitar

Akta 

Penerangan 

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 

Pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk mengawasi aspek-aspek alam sekitar di negeri masing-masing termasuk mengambil langkah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan pendekatan spt kempen kitar semula, menguruskan sisa sistem pengumpulan dan penghapusan sisa pepejal dsb.

2. Akta Taman Negara 1980 

Kawasan hutan simpanan kekal diwartakan sebagai taman Negara dan segala penerokaan dalam hutan dilarang

3. Akta Perhutanan Negara 1984 

Memberi kuasa kepada Jabatan Perhutanan untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan 

4. Akta Perikanan 1985 

Mengawal aktiviti penangkapan ikan supaya kerosakan kepada pembiakan ikan dan kepupusan ikan tidak berlaku

5. Akta Pembangunan Mineral 1994 

Melaksanakan Dasar Mineral Negara Tujuan membangunkan industri tempatan yang berasaskan mineral secara terkawal 

5. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

    - mencipta kaedah pengeluaran dan penggunaan produk yang mesra alam

    - agensi yang terlibat :

        a. SIRIM         - Teknologi Kawalan Pencemaran

        b. Frim            - Teknik menanam semula hutan

        c. MARDI        - Penggunaan baja organik

- mencipta benih dan kaedah baru utk tanaman padi dan buah-buahan

        d. MTDC        - Bioteknologi

e. Universiti Malaya - Menghasilkan plastik mesra alam ( guna minyak sawit dan beberapa bahan semula jadi lain utk mengeluarkan bacteria biopolymer yg berbentuk lut sinar dan elastik, dikenali 'polhydroxyalkanoates' (PHA)

f. MPOB - menemukan satu kaedah pengeluaran 'veneer' drp batang kelapa Sawit (Venner ialah papan lapis bersifat lestari)


 

  1. Penggunaan Sumber Tenaga Mesra Alam

    - Sumber Tenaga Mesra Alam ialah tenaga yang tidak mengeluarkan asap atau sisa yang kotor dan toksik

    - sumber tenaga mesra ialah : matahari, biojisim, angin dan air

    - contoh

    a. keretapi yg menggunakan tenaga elektrik (ganti kereta api lama yg gunakan diesel)

        b. petrol tanpa plumbum

        c. tenaga hidro elektrik

        d. tenaga suria

        e. tenaga biomas

        f. biodiesel


 

Langkah-langkah Mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di negara-negara lain


 

Kitar Semula


 

1. Jerman

  • Akta Pengurusan Sisa 1996

    - wajibkan semua syarikat dan penduduk mengamalkan kitar semula semua jenis sumber

    -    syarikat perlu guna pembalut yg mempunyai simbol 'titik hijau' tujuan untuk memudahkan barangan yang terpakai dipisah, dikutip dan disekitar semula.


 

2. Denmark

  • Berhasrat supaya semua majlis perbandaran dapat mengitar semula sekurang-kurangnya 50% drp jumlah sisa buangan
  • Paling berjaya di Frederica (Pusat industri berat yg di tengah-tengah Dermark)
  • Usaha-usaha yang dijalankan ialah :

    - Mengedarkan risalah (berkenaan bagaimana bahan buangan diasingkan bersama dengan senarai pusat pengumpulan)kpd semua penduduk

    - pengecualian cukai (kitar semula)

    - cukai dikenakan kpd syarikat / kilang yg hantar barangan untuk dilupuskan di incinerator.


 

3. Taiwan

  • Kitar semula giat dalam mengitar semula komponen computer dan monitor
  • Kawasan paling berkesan ialah Kaoshiung, Taiwan Selatan
    • Restoran meminta pelanggan mengasingkan sisa-sisa makanan mereka, cawan dan pinggan kertas, camca dan garpu plastik, serta meletakkan semua ini di tong-tong yang disediakan khas untuk kitar semula.
    • Kerajaan mengharamkan pengedaran dan penggunaan plastic seperti plastic pelapik meja dan plastik di gedung perniagaan


 

Rawatan Semula Air


 

1. China

  • Kekurangan air bersih ialah masalah serius akibat pertambahan penduduk
  • Kerajaan china mengarahkan semua bandar raya (penduduk >0.5 juta penduduk) merawat semula sekurang0kurangnya 60% sisa air pd 2005
  • Bawah Rancangan Lima Tahun Ke -10, memperuntukkan AS$85 bilion untuk program rawatan semula air (Tumpuan utama 'Tiga Sungai' (Huaihe, Liaohe, Haihe) dan 'Tiga Tasik(Dianchi, Taihu dan Chaohu)
  • Pd tahun 2000, ada kira-kira 65 800 buah loji merawat air sisa industri di seluruh China


 

2. Singapore

  • Mengalami masalah kekurangan air semula jadi
  • 2 langkah untuk menambahkan bekalan air tawar ialah
  1. menyahgaram air laut
  2. merawat semula air sisa

    - contoh : NEWater (dihasilkan drp air terpakai melalui 3 proses iaitu penapisan mikro, osmosis terbalik dan pembasmian kuman melalui cahaya ultra ungu.

    - 4 loji NEWater ialah di Kranji, Seletar, Bedok dan Ulu Pandan.


 

3. Jerpun

  • merawat air sisa
  • air dirawat untuk digunakan untuk air siraman (membasuh dan tandas) dan industri
  • menggunakan sistem moden dan canggih untuk rawat air sisa spt :
  1. rawatan biologi
  2. ozonisas

(mengeluarkan bau dan rasa yang tidak diingini drp air terpakai)


 


 


 


 


 


 


 


 

4 comments:

  1. Pencemaran bau tdak ada.sila tambahkan untuk pengetahuan.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Pencemaran bau tdak ada.sila tambahkan untuk pengetahuan.terima kasih

    ReplyDelete