Friday 19 August 2011

GEO_TINGKATAN 1

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR


 


 


 

Hutan Hujan Tropika


 


 


 

  1. Hutan hujan tropika merupakan hutan yang paling lugs di Malaysia iaitu meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia.
  2. Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Khatulistiwa.
  3. Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1 000 meter.
  4. Kawasan hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

5.    Ciri-ciri hutan hujan tropika adalah:

a) Bersifat malar hijau

b) Tumbuh rapat-rapat

c) Tumbuh berlapis-lapis

6.    Hutan hujan tropika juga menjadi habitat bagi dua per tiga spesies tumbuh-tumbuhan di dunia.

  1. Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti cengal, meranti, keruing, balau dan seraya.
  2. Lapisan teratas dikenali renjung atau emergen yang terdiri daripada pokokpokok yang tinggi.
  3. Pokok di lapisan renjung tumbuh sangat tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari dan berakar banir untuk memberi sokongan dan menahan pokok daripada tumbang.
  4. Lapisan kanopi terdiri daripada pokok yang tumbuh rapat untuk menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan.
  5. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan tengah ialah epifit dan parasit.
  6. Tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.
  7. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan adalah jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.


 

Hutan Paya


 

Hutan paya air tawar Hutan paya air masin


 

  1. Hutan paya di Malaysia terdiri daripada hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.
  2. Pokok bakau di hutan paya air masin mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan tanih berlumpur dan air adalah untuk bernafas. Manakala akar jangkang yang menyokongnya daripada tumbang.


 


 

Hutan Pantai


 


 

  1. Hutan pantai terdapat di kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran balk, berpasir dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.
  2. Tumbuh-tumbuhan di hutan pantai dapat hidup walaupun ditenggelami air laut semasa air pasang.
  3. Kebanyakan hutan pantai tumbuh di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.


 

Hutan Gunung


 

  1. Hutan gunung tumbuh subur di kawasan bertanih laterit yang terletak di ketinggian yang melebihi 1 000 meter dari aras laut.
  2. Contoh kawasan hutan gunung ialah di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker, Banjaran Tama AD. Banjaran Tahan dan Pergunungan Iran.
  3. Jenis dan kepadatan tumbuh-tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ketinggian.
  4. Semakin tinggi kawasan hutan, semakin jarang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.
  5. Puncak gunung biasanya ditumbuhi oleh tumbuhakulampair dan pokok-pokok kerdil.
  6. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh suhu di kawasan tersebut di mana suhu adalah rendah manakala tanih semakin nipis.
  7. Kawasan yang berada melebihi paras 3 500 meter diliputi batuan tandus seperti di puncak Gunung Kinabalu.

Faktor-faktor mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar


 

Jenis Hutan 

Iklim 

Bentuk Muka Bumi 

Jenis Tanih 

Saliran 

Hutan Hujan

Tropika 

Suhu

27 ºC


 

Hujan sepanjang tahun sesuai untuk tumbuhan 

Kawasan tanah pamah beralun


 

Kawasan kaki bukit

< 1000m 

Tanih laterit


 

Tanih lanar/

alluvium 

Baik 

Hutan Paya

Air Masin 

Hujan

2600 mm


 

Suhu

27 ºC 

Kawasan tanah rendah


 

Kawasan pinggir laut yang terlindung

Tanih berlumpur 

Buruk


 

Air bertakung 

Hutan Paya

Air Tawar 

Hujan

2600 mm


 

Suhu

27 ºC 

Kawasan tanah rendah


 

Kawasan pedalaman


 

Sekitar tasik dan paya 

Tanah gambut 

Buruk


 

Air bertakung 

Hutan Pantai 

Hujan

2600 mm


 

Suhu

27 ºC 

Kawasan tanah rendah


 

Kawasan pantai yang terdedah 

Tanah berpasir 

Baik 

Hutan Gunung 

Hujan

2600 mm


 

Suhu

16-20 ºC 

Tanah tinggi

Kawasan

> 1200 m 

Tanih laterit 

Baik 


 


 

Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar


 


 

Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

No comments:

Post a Comment